Saturday 29 December 2012

Letup

Hati yang lama dibalut kemas, hangat perasaan, tekanan dalamnya tak tertahan, pom!! meletup terbitnya cinta.

Cinta yang digenggam rapat, empat tangan, dia kiri dua kanan, pom!! meletup, terburai cinta.

Salah awak pegang tak erat.

Bukan, salah awak balut tak kuat.

Wednesday 26 December 2012

Jiwa-jiwa Luka

Saya pernah dipertemukan dengan beberapa jiwa luka. Ternyata luka itu sembuh dengan beberapa potong ayat cinta.

Mind fuck, right?

Friday 21 December 2012

Kekasih Muslimah

"Ya, saya yakin benar saya mampu untuk mengimamkan awak pada setiap kali solat fardhu." Begitulah lebih kurang kata-kata Bob untuk meyakinkan kekasihnya bahawa dia telah bersedia untuk menghalalkan cinta yang telah mereka jalin sejak tiga tahun yang lepas. 

Seorang kekasih muslimah yang merupakan seorang setiausaha persatuan dakwah kampus selama 2 tahun berturut-turut telah berjaya menambat hati Bob untuk sekali lagi menjalinkan cinta setelah gagal buat kali pertamanya dengan kekasih lama pada 3 tahun yang lepas. 

***

Tiga tahun yang lepas.

Setelah ditinggalkan oleh kekasih lama, Bob telah menjadi tidak tentu hala dan sedikit kucar kacir dalam menguruskan hidup. Selera makannya menaik dan suka mendengar lagu-lagu keras daripada band-band metal hardcore tersohor Malaysia seperti Naratu, Cassandra dan Sil Khannaz. 


Julia.

Ya, Julia. Seorang gadis pertama yang berani menegur Bob supaya meninggalkan hobinya yang suka berkongsi video-video lagu keras di facebook.  Teguran Julia itu adalah di dalam bentuk serangkap komen di ruangan komen seperti "kenapa dibentak-bentakkan lagi hati yang kecewa dengan lagu-lagu ni, sedangkan jiwa kita sangat dahagakan dendangan ayat-ayat suci". 

Pap!

Bob menutup skrin laptopnya dengan pantas setelah membaca komen itu tanpa sempat untuk shutdown terlebih dahulu. Tangannya menggigil.

***

"Amboi Kak Ju, facebook sampai tak ingat nak makan malam", tegur Nadia yang tiba-tiba masuk ke bilik Julia dalam keadaan masih berjubah abaya dan menutup kepala dengan kain tuala. Dengan pantas juga Julia close window serentak dengan teguran itu tanpa sempat Nadia melihat apa yang dilayan Julia di facebook.

Nadia merupakan kawan baik Julia dan juga merupakan bendahari bagi persatuan dakwah kampus. Nadia yang usianya muda setahun dan merupaka seorang junior lebih senang memanggil Julia dengan panggilan Kak Ju. 

"Kenapa tak makan malam ni? ada masalah ke?" tanya Nadia sambil membelek-belek minit mesyuarat persatuan yang ada di atas meja Julia. "Takde masalah pun, cuma akak terfikir juga nak jaga badan. Kita ni orang perempuan selain daripada kena jaga perangai, kenalah juga jaga badan. Nadia kena ingat, imam muda pun ada taste." Julia sedikit berjenaka dan Nadia tersenyum galak.

"Nadia kenal dengan Bob?" tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Julia secara tiba-tiba.  



Bersambung...

Thursday 20 December 2012

Air Cinta

Di suatu petang di sebuah taman.

Melihat awak yang termengah-mengah kepenatan setelah menamatkan larian, saya datang mendekati dengan membawa sebotol air mineral. Membuka penutupnya dan hulurkan bersama senyuman. 

Hingga ke saat ini, tidak pernah seorang pun yang tahu, saya telah menamakan air itu sebagai air cinta.

Kahkahkah.


Wednesday 19 December 2012

Lawan Mata

Semasa di kelas, ketiadaan pensyarah, kita pernah bermain lawan mata. Siapa kelip dulu dia kalah.

Ternyata, kemenangan itu milik awak yang tidak pernah sanggup untuk lari daripada melihat saya walaupun dengan hanya satu kelipan. 

Kahkahkah, faking. 

Thursday 6 December 2012

Bagai Menatang Cinta Yang Penuh

Hai, aku baru lepas tengok Istanbul Aku Datang. Aku tengok dalam cerita tu kemain lagi Dian update blog setiap kali sebelum tidur. 

Dalam sedap-sedap layan cerita tu, dalam kepala aku asyik bermain "aku nak update blog, aku nak update blog, aku nak update blog". 

Jadi, aku update.

Anyway, hari ni I happy sangat bila I berjaya menyelamatkan seekor anak ayam yang jatuh ke dalam longkang dengan menggunakan teknik yang diajar dalam cerita wonder pet. Aaaaaa!!! U know why Im so happy because lepas I selamatkan anak ayam tu, tetiba ibu ayam datang dan ucap terima kasih kepada I. Yeay!!! anyway, I harap bila anak ayam tu dah besar nanti, dia akan jadi anak yang baik dan soleh.
Aku try update gaya Dian.

Tapi celaka betei la, Dian tu jenis tak bagi peluang kedua. 

Kahkahkah

* * *

Aku takde kerja sangat 2, 3 minggu ni. Sebagai anak teruna sunti, elok rasanya aku duduk rumah tak payah cari kerja dan main facebook.

Kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri sebab takde kerja sangat, sedangkan aku tengok, golongan melayu bodoh pun ada kerja pergi serang dan tikam golongan melayu cerdik. 

Kahkahkah

* * *

Cerita pasal Alex, sebenarnya sekarang ni Alex menjadi seorang yang tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan dan tidak berperibadi mulia. 

Alex memerlukan seorang makwe untuk dicintai supaya Alex boleh menulis tentang kebahagiaan, dan makwe itu mestilah pandai memperbodohkan dan mempermainkan cinta sejati Alex, dan pergi meninggalkan Alex supaya Alex boleh menulis tentang kedukaan. 

Kahkahkah.

* * *

Bagai Menatang Cinta Yang Penuh? 

Peduli apa aku kalau tak syncronize pun. 



Saturday 20 October 2012

Cinta

Cinta tu macam mana? tanya seorang kawan.

Cinta tu macam, waktu nak start kuliah, bilamana makwe yang kau suka minta kau pasangkan charger laptopnya pada extension plug, kau dah mula rasa berdebar. Kau angkat kepala charger, dalam masa dua saat nak sampai ke soket extension plug, kau dah berdoa panjang kepada tuhan, semoga extension plug tu tak rosak. Kau on suiz "ktuppp!", peluh debar kau menitik setitik, kau tengok charger tu keluar lampu warna biru dan laptop makwe kau berbunyi "sringgg!". Kau pun bersorak dalam hati  tanda kemenangan.

Selepas itu, kau dengan dia berbalas senyum selama dua saat dan seterusnya keadaan kembali normal. Kau dan dia buat kerja masing-masing. Kau pandang buku, kau masih lagi terbayang senyumannya yang dua saat itu. Senyuman yang dua saat itu kau akan tatang dan raikan sehinggalah kau bertemu senyuman yang seterusnya daripadanya. 

Friday 19 October 2012

Shilakak

Abang, sayang dah mengantuk.

Owh, ok, sayang tidur dulu, abang nak siapkan kerja dan perasaan yang tertangguh.

Hakhak, jiwang ahh abang.

Hakhak, mana ada. Nanti kalau rindu sangat, dekat-dekat nak pukul 3 sayang datang dalam mimpi abang. Abang janji pukul 2 setengah abang tidur, pukul 3 abang dah ready untuk kita mimpi sama-sama.

ok.

Alex kemas-kemas buku, terus pergi lawan game bola.

Ralit lawan bola sampai terlebih masa, pukul 3 setengah Alex bergegas pergi tidur. Alasan terminum kopi adalah alasan yang paling tepat sebagai alasan terlewat untuk bermimpi.

Pukul 4 Alex sampai dalam mimpi sayangnya dan melihat sayangnya sedang berbual mesra dengan bakal mertua Alex di kampung bincang hal-hal raya haji. Alex mengeluh, perghh!! dah balik raya rupanya.

Syukur tuhan, pukul 4.05 Alex bangkit semula pergi sambung lawan bola.

Kahkahkah. 




Sunday 30 September 2012

Roti Bawang

Mengikut cerita yang diceritakan Alex kepada aku, ada satu malam Piji pergi main futsal dengan kawan-kawan.

Piji pergi main futsal ni satu benda pelik sebab Piji jarang join main futsal. Kalau kami nak main futsal malam-malam, kadang-kadang awal-awal lagi Piji dah buat-buat tidur. 

Lepas main futsal, Piji dan kawan-kawan pergi lepak minum air. Ada la masa tu dalam pukul 2 pagi, Piji rasa ada sikit-sikit lapar, buat alas perut Piji pun order roti bawang. 

Piji minum air dulu sambil tunggu roti sampai. Masa tunggu roti bawang tu sampai, sempat jugak Piji mengamuk dua tiga kali, sebabnya roti bawang tu lambat sampai. Piji yang awalnya lapar sikit-sikit dah jadi lapar banyak-banyak sebab tunggu roti bawang. 

Sampai je roti bawang, Piji terus lega dan dia hadap roti bawang dengan tenang. Muka berselera macam tengok makwe bogel depan mata. 

Lama Piji makan, Alex pun tak hirau, asalkan Piji dah tak mengamuk macam masa tunggu roti bawang sampai.

Habis makan, Piji tolak pinggan ke tengah meja, Alex tengok bawang bersepah dalam pinggan. Perghh!!

Piji sambil senyum dan kata, dia tak suka makan bawang

Alex bangun, tarik koler baju Piji, terus mengamuk " ko tau tak berapa lama mamak tu ambik masa nak potong bawang!".

p/s : order makanan kalau ikut-ikut orang, jadi lah macam Piji. 

p/s : cerita pasal Arsenal kalah, Man U dah cover kahkahkah

Thursday 27 September 2012

Cerita PT Amir

Amir diam , kacip bibir, dalam kepala fikir pasal kerja.

Amir tengok laptop, Amir jadi risau, Amir buka microsoft word, Amir tutup balik, sebab takut. Tapi Amir buka balik microsoft word, sebab terpaksa. 

Daripada analisis data, jadual, graf, cadangan kajian, fokus, semua jadah-jadah tu boleh dikatakan belum siap. Paling tinggi siap pun masih 50-50. 

Amir baring, tangan atas kepala, sambil mulut Amir bergerak-gerak perlahan, Alex cuba curi-curi dengar. "Satu hari untuk graf, jadual, analisis data semua, satu hari lagi untuk slide perbentangan," cukup 2 hari Amir buat kira-kira. Lusa perbentangan kajian.

Dalam masa 2 hari tu Amir buat kerja dan buat-buat kerja. Alex tak berani pandang tak berani usik tak berani tanya sebab Alex juga dalam ketakutan, Alex punya kerja masih 40 peratus, tapi perbentangan Alex lambat lagi. 

Malam sebelum hari perbentangan tu, Amir terus buat kerja macam biasa. Belum siap slide perbentangan, dalam masa tengah buat tu, tenenet, tenenet, bunyi nada iphone Amir tanda mesej masuk.  Daripada ketua kelas Amir, mesejnya bertulis "artikel mesti disiapkan bersama-sama slide". 

Lepas baca mesej tu, Amir terajang meja. Ok, tipu, Amir tak terajang meja, Amir baring sekali lagi, tangan atas kepala. Mulut Amir sekali lagi bergerak-gerak perlahan, Alex cuba curi-curi dengar. "buat slide ni sampai pukul 12, rehat kejap, pukul 1 sambung buat artikel, sampai pagi esok, terusp pergi bentang, lepas bentang baru balik tidur."

Amir terus buat kerja macam biasa, tanpa menghiraukan makan minum Bob. Amir tak sempat, Amir tak ada masa, Amir dah lambat. 

...

Lepas perbentangan esok hari, Amir balik rumah dengan gembira, kajiannya diterima. Amir pekena baring mengiring, tak sampai 2, 3 minit, Amir tidur. Amir tidur sambil senyum. Punya la senyum Amir tidur, sampai Alex boleh jeles. 

Jaga dari tidur, Amir berasa dirinya serba salah, macam ada sesuatu yang tak kena, tapi Amir buat relax, Amir keluar cari nasik. Lepas balik daripada makan nasik pun, masih lagi Amir berasa ada sesuatu yang tidak kena. Rasa tu, dari mulut naik ke kepala, dari kepala turun balik ke mulut. Bukan rasa rindu, bukan rasa cinta. Amir menung memikir.

Tiba-tiba!!!!

Tiba-tiba Amir bersuara,

"celaka, dah 2 hari aku tak sempat gosok gigi"

Alex yang mendengar, terus beristighfar. 




Tuesday 25 September 2012

Kiamat Kecil

Pukul 1 pagi.

Truuttt, truuutttt, bunyi henpon, Mista Ono call.

Mista Ono : Ada mana?
Alex : Rumah.
Mista Ono : MAI RR LEPAK KEDAI EHSAN MINUM AIR BINCANG PASAL ANALISIS PT.
Alex : k

Tanda Kiamat Kecil ---> MAI RR LEPAK KEDAI EHSAN MINUM AIR BINCANG PASAL ANALISIS PT.

Monday 24 September 2012

Kekasih Hati

Mana blog lama kau?

Aku jual.

Kenapa kau jual?

Aku dah ada kekasih baru.

Siapa kekasih baru kau?

Blog baru aku.

p/s : Awak duduk diam-diam, kerja taip tesis ni kerja laki-laki. 
p/s : Maksud aku, kerja taip tesis last minit. 

Saturday 22 September 2012

Hujan

"Menurut ahli falsafah cinta, berjuta tahun yang lepas, hujan pertama kalinya turun hanya kerana apabila bumi tidak menerima cinta langit, lalu, langit menangis.

Hujan turun sekali sekala, hanya apabila langit terkenang kisah lama.

Musim tengkujuh berlaku setiap tahun, hanya kerana langit tidak pernah berhenti memperingati tarikh ulang tahun perpisahannya dengan bumi".

Alex cuba menyambung, tapi aku halang. Aku tahu, Alex cuba untuk bermain politik.

Friday 21 September 2012

Alex Bukan Untuk Dipilih-pilih

"Sayang dah habis fikir, sayang rasa abanglah jodoh pilihan terakhir sayang, abang jauh lebih baik daripada Faizal, sayang dah serik untuk memilih. Bagi sayang rupa bukan ukuran, yang penting hati kita bang, hati kita".

Setelah meneliti kata-kata makwenya itu, Alex bingkas bangun sambil hentak meja.

"Woiii!!!, kau ingat aku ni apa nak pilih-pilih, ramai makwe dalam fesbuk berebut-rebut nak ke aku. Pilihan terkahir? Rupa bukan ukuran?

Selepas daripada kejadian itu, mereka clash melalui sistem pesanan ringkas.

5 tahun selepas kejadian, bekas makwe Alex berkahwin dengan lelaki pilihan keduanya, Faizal.

Sementara Alex masih lagi menunggu cinta pandang pertama daripada seorang perempuan yang baru nak belajar bercinta.

"Perempuan tiada kuasa untuk memilih", tegas Alex berulang kali.

Aku yang mendengar kata-kata tu daripada Alex terus geleng kepala. Hati kau keras Lex, keras.

Terus Alex tujukan satu lagu. Iwan Fals-Aku Bukan Pilihan

Aku ulang geleng kepala, hati kau keras Lex, kerassss!!!

Wednesday 5 September 2012

Liyana Engineer

Etah macam mana, dalam keadaan sibuk kemain, Alex membuka blog, klik new post dan taip :

"Betapa
engkau
telah
merosakkan
ruang
hati
aku,
sehingga
tidak
lagi
boleh
dihuni
oleh
orang
lain".

Alex klik publish post, dan share di facebook. Harapnya "ehem-ehem" baiki balik ruang yang dirosakkan, deko-deko sikit, masuk itu ini, nampak selesa, terus duduk, tinggal dalam dan tak mahu keluar sampai ke sudah.



Woiii Liyana Engineer, jadi cikgu la untung, banyak masa free, boleh bela kucing.
Woiii Liyana Engineer, nanti ada anak, cukup umur tujuh tahun, terus hantar masuk u, ambik kos engineering.



Tuesday 26 June 2012

Singkap

Waktu makin singkat, hal makin banyak, tapi kita masih lagi mencuri masa untuk berbual hal 3,4,5 tahun yang lepas. Perghh..!!

Nanti-nantilah aku cerita.

Friday 15 June 2012

Cinta Diantara Manis Kepingan Oreo.

Bersempena dengan kehangatan EURO 2012 yang masih berlangsung ketika ini, terlintas di fikiran saya untuk bercerita tentang Bob (bukan nama sebenar). Asyik saya bercerita tentang Alex, Bob pun kawan saya juga. Nanti apa pula kata kawan-kawan saya kiranya saya asyik bercerita pasal Alex. Itu baru Bob, ada lagi Apek, Sulong, Chong, Meor, Poji, Ali, dan ramai lagi. Mereka pun kawan-kawan saya juga. Itu baru kawan lelaki, ada lagi kawan-kawan saya yang perempuan, ramai juga, tapi hal perempuan ni eloknya biar perempuan la yang settle.

Bob ni kalau ikut pada nama, macam besar orangnya, tapi Bob kawan saya ni, badannya kurus, tingginya sederhana. Kalau nak kata Bob tu pendek, saya lagi pendek sebenarnya. Daripada mana dapatnya nama Bob ni, tidak la saya tahu, cuma saya fikir, kesnya sama macam kes Tomok. Apa? Tak kenal Tomok? Silalah bunuh diri, hidup pun sia-sia.

Seperti kawan-kawan saya yang lain, Bob juga ada seorang kekasih. Pelik juga, kalau diikutkan, orang yang bernama Bob ni susah untuk ada kekasih, tapi Bob yang saya kenal ini tidak. Kalau diikutkan juga, kekasih Bob yang saya nak cerita ini merupakan kekasihnya yang ke 5 atau ke 6 sepanjang Bob hidup, saya pun tidak berapa pasti sebenarnya.

Nama kekasih Bob, Ching (bukan nama sebenar). Melayu juga, bukan cina. Menurut Bob, nama sebenar Ching ialah Asyikin. Kawan-kawannya Ching memanggil Ching sebagai Syikin, tapi hanya Bob seorang saja yang memanggil Syikin sebagai Ching. Nama manja katanya. Ching ni asalnya Terengganu, sebab tu lah belakang namanya ada huruf G.

Pada suatu petang, Bob dan Ching pergi berjalan-jalan di sebuah tasik yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti pasangan kekasih yang lain, melepak di tepi tasik, tengok wayang, makan McD bersama, makan di Amjal bersama adalah perkara biasa.

Sedang mereka lepak menengok ikan melompat-lompat bermain di muka air, Ching meluahkan sesuatu kepada Bob. Ianya berkenaan dengan perasaan tidak senang Ching dengan perangai Bob yang terlau obses menonton bola sepak. Sehinggakan, semasa Bob menonton bola, Bob sanggup tidak membalas sms, menjawab call dan berbalas komen di facebook dengan Ching. Sehinggakan, Ching berasa dia lebih rela menjadi TV yang menayangkan bola kepada Bob, daripada menjadi seorang kekasih yang menayangkan cintanya kepada Bob.

Saya tidaklah hairan sekiranya Ching meluahkan perasaannya itu. Bob yang saya kenal memang terlalu suka menonton bola sepak. Bob seorang yang gilakan bola sepak. Boleh dikatakan semua perlawanan bola sepak dia akan tengok. Bob ni tidaklah berapa terer bermain bola sepak, sekali sekala bolehlah saya ajak bermain futsal bersama. Itu pun bila saya tidak cukup geng, Bob la orang yang saya cari. Tapi bila bab menonton, menyokong bola sepak, Bob jauh lebih terer daripada saya.

Semua stadium bola sepak sekitar Kuala Lumpur, belah-belah barat, utara, selatan Malaysia, semua dia dah masuk. Perlawanan Malaysia, Perak, Kelantan, Terengganu, kecuali Selangor, semua dia tengok.

Bob juga merupakan seorang ahli kumpulan sorak untuk pasukan bola sepak negeri kelahirannya iaitu Perak. Kumpulan sorak itu juga kalau tidak silap saya, dikenali dengan nama Ultras Silverstate.

Saya masih ingat lagi, dimana Bob pernah kata, Stadium bola sepak Ipoh tu merupakan rumah keduanya, selain daripada rumah asalnya yang terletak di Parit, Perak. Saya pun ingat-ingat lupa dimana pernah juga sekali Bob kata, lebih baik dia rindukan Stadium Ipoh daripada dia merindui kekasihnya di Terengganu. Perghh..!! Sampai begitu sekali.

Apabila Ching meluahkan perasaan seperti itu, Bob menjadi serba salah. Ya, dia berasa sedikit kesal dan kasihan kerana berkelakuan seperti itu kepada Ching. Bob juga terfikir, kalau dia kasihankan Ching, siapa pula yang nak kasihankan dia. Bob seolah-olah, orang-orang tua kata, nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapa.

Kebetulan semasa mereka lepak di tepi tasik, Bob ada membelikan 2 kotak air kotak cokelat dan sebungkus Oreo untuk makan-makan. Menengok kepada biskut Oreo, Bob mendapat satu idea untuk memujuk Ching. "Cuba sayang tengok biskut Oreo yang bewarna hitam tu, cuba ambilkan satu untuk abang", kata Bob kepada Ching.

Sambil memegang sekeping Oreo, Bob bercerita kepada Ching. "Cinta kita sekarang ni sayang, kalau dilihat luarannya memangla hitam, sama macam Oreo ni. Kalau kita usaha putarkannya sedikit, nampaklah warna putih jernih di sebalik hitam. Cuba sayang jilat yang putih tu, mesti manis, dan cuba pula sayang rasa yang hitam tu, tawarkan rasanya? Jadi cinta abang kepada sayang, samalah macam Oreo yang abang pegang ni. Cuba kita makan sekali gus yang hitam dengan yang putih, lagi sedap kan"? Begitulah serba sedikit cerita yang diceritakan oleh Bob kepada Ching.

Bob lagi sedikit menyambung, "hitam dan putih itulah yang membuatkan kita sedap dan bahagia, dan cinta kita ada diantara manis kepingan Oreo".

Tanpa memikirkan orang-orang sekeliling tasik, Ching terus mencium pipi Bob, sebagai hadiah kemenangan Bob. Bob mengkulat malu sambil memuji dirinya di dalam hati, " you win brother, you win".


Thursday 14 June 2012

Bahana Facebook

Lapan tahun kemudian, pada masa itu saya masih lagi berseorangan menyambut kedatangan tahun baru 2020 di Dataran Merdeka. Pada masa itu, artis-artis veteran seperti Dato' Siti, Faizal Tahir, Datin Stacy dan ramai lagi sedang membuat persembahan secara bergilir-gilir menanti detik jam 12 malam.

Sebelum daripada persembahan tersebut berlangsung, PM Malaysia ke-9 daripada parti Pas, entah nama Tuan Guru apa saya tak berapa ingat, telah memberikan ucapan tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ya, walaupun Pas memerintah, persembahan nyanyian terus diadakan bagi memenuhi kehendak rakyat 1Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun, memang bangsa melayu itu sendiri, sejak zamannya Kesultanan Melayu Melaka memang menggemari hiburan. Lagi lama masa untuk berhibur, lagi baik.

Yang sedikit beragama, kebanyakan mereka menuju ke Masjid Negara bersebelahan Dataran Merdeka bagi menunaikan solat hajat tahun baru bersama Yang di-Pertuan Agong.

Sedang asyik saya melayan persembahan daripada bandboy baru ala-ala k-pop iaitu kumpulan Half and A Long saya terserempak dengan kawan lama saya iaitu Alex (bukan nama sebenar).

Alex yang kebetulan juga keseorangan pada malam tersebut mengambil keputusan untuk duduk bersama saya meraikan kedatangan tahun baru. Saya dan Alex berbual. Perbualan kami pada masa itu hanyalah perbualan biasa golongan-golongan 30-an seperti bab kereta, isteri, anak, cukai, harga makanan, dan perkhidmatan air percuma yang dijanjikan kerajaan.

Perbualan kami makin lama makin ke belakang, atau lebih senang lagi saya kata kami flashback hinggalah ke tahun 2012. Terlalu banyak cerita menarik yang berlaku pada tahun 2012. Selain daripada Euro yang berlansung di Poland, kegagalan Dato' Lee Chong Wei meraih emas Olimpik di London, tahun 2012 juga merupakan tahun pilihanraya paling getir yang berlaku di Malaysia.

Cerita daripada Alex, pada tahun tersebut sebelum pilihanraya, kerajaan telah memblok semua server berkaitan youtube, facebook, blogger, P2P proxi blablabla dan sebagainya di seluruh negara. Tujuan blok itu dibuat ialah untuk menghentikan fitnah-fitnah yang secara terus-menerus dibuat oleh parti pembangkang terhadap kerajaan melalui media-media ini.

Ya, manusia 2012 juga dikenali sebagai manusia facebook. Mungkin anak-anak kita masa ini tidak mengenali apa itu facebook, mereka lebih mengenali Dr. Book yang diusahakan oleh anak tempatan iaitu Dr. Rozmey. Facebook kalau diikutkan samalah seperti Dr. Book, cuma warnanya saja yang berbeza iaitu facebook biru dan Dr. Book warnanya pink.

Berikutan daripada pemblokan itu, menurut Alex lagi, kehidupan harian manusia facebook telah menjadi huru-hara, tidak terurus dan kucar-kacir. Di tempat dia belajar sahaja telah berlaku kes dimana seorang pelajar mengungut untuk terjun daripada bangunan asrama setinggi 13 tingkat gara-gara tidak dapat berfacebook. Ada juga pelajar yang gagal dalam peperiksaan kerana tidak dapat berkongsi spot soalan menerusi facebook.

Di dalam kelas pula, ada seorang pelajar perempuan, kerana terlalu gian, sanggup mengupdate status diri sendiri di atas kertas A4 dan menggantungnya di leher. Perghh..!! Pelajar-pelajar lain yang membacanya mengangkat tangan tanda best sebagai tanda like.

Ekoran daripada pemblokan tersebut, kerajaan pada masa itu telah tumbang di dalam pilihanraya. Semuanya kerana bahana facebook. Mengikut kajian, kekalahan kerajaan adalah berpunca daripada protes rakyat yang menginginkan penggunaan facebook secara berterusan. Memblok facebook ibaratnya telah mengambil nyawa sekalian rakyat.

Dan hari ini, saya, Alex dan seluruh rakyat Malaysia bahagia dengan pemerintahan yang ada. Seimbang dunia akhirat. Kahkahkah.

Wednesday 13 June 2012

Punk Melayu

Dalam mana kita semua sibuk bercerita tentang kemenangan Malaysia ke atas Singapura yang mana masih ada lagi pemain Malaysia yang berlanggar antara paha kiri dengan paha kanan semasa membawa bola, ada lagi yang tahan bola kaki terkepit, dan ada lagi yang cuba mengelecek setempat tak bergerak-gerak, pergi saya berjumpa dengan seorang kawan lama, Alex (bukan nama sebenar).

Pertemuan saya dengan Alex bukan di atas dasar pertemuan rasmi, tetapi sekadar pertemuan yang secara kebetulan untuk bertanya khabar. Alex merupakan kawan sekolah agama saya dulu yang mana sering mengajak saya ponteng solat dzuhur di surau sekolah. Tapi saya sering menolak pelawaan Alex kerana saya mahu menjawab soalan PMR dengan berjaya.

Kebetulan masa pertemuan kami itu, Alex sedang memegang sebuah gitar kapok. Ya, saya yang dulunya bersama Alex teringin untuk menjadi rockstar, lepas kami famous, kami bercadang mahu bunuh diri macam Kurt Cobain. Kurt Cobain adalah idola kami berdua, dan ditakdirkan jari saya keras tidak boleh memetik gitar dan lebih sesuai menjadi guru.

Sambil berbual sambil dia memetik rentak punk. Mungkin untuk menunjuk-nunjuk kepada saya. Tidak lah berapa enak, tapi saya bertanya juga sekadar mengambil hati. Tanya saya "kau mana belajar sampai dah mahir main gitar?". Sebelum menjawab pertanyaan saya, Alex sekali lagi memetik rentak punk yang sama seperti yang tadi.

Menurut Alex, untuk menjadi seorang pemain gitar bukan bermula dengan memetik gitar, tetapi bermula dengan diri kita sendiri, maksudnya jiwa. Fuh, tinggi rupanya Alex study pasal gitar. Sebelum memegang gitar, cuba dulu untuk kurangkan mandi. Bermula dengan mandi sekali sehari sehinggalah mandi seminggu sekali. Lepas tu, jangan sembahyang. Fuh, saya mengefuh sekali lagi.

Sambung Alex lagi, ponteng sembahyang jumaat 3 kali berturut-turut. Lepas tu bunuh seekor cicak. Fuh. Kalau boleh jangan makan nasi, kau carilah mana-mana tong sampah yang ada makanan. Kalau nak sedap sikit, pergi ke tong sampah belakang KFC ke McD ke. Bila kau dah betul-betul ada jiwa tu, barulah boleh pegang gitar.

Saya tanya lagi kepada Alex sama ada dia masih islam. Alex kata, setiap kali bangun pagi dia akan mengucap bagi memastikan dia masih berada di dalam islam. Perghh..!!

Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta diri daripada Alex, supaya saya boleh mengelak daripada menerima agama baru yang di bawa oleh Alex. Semoga Alex mendapat hidayah daripada tuhan dan sama-sama mengajak saya ke jalan yang benar. Untuk mengkafirkannya, itu bukan kerja saya, entah-entah dia gila, kalau gila, orang kata boleh masuk syurga. Orang la yang kata, bukan saya.

Friday 8 June 2012

Alex Kemalangan


Dalam pada makwe-makwe belum habis lagi berbual dan mengkritik pasal tema warna, rasa nasi, jenis make-up, design pelamin rakan-rakan mereka yang baru berkahwin, datang juga kepada saya seorang kawan lelaki, Alex (bukan nama sebenar) bercerita tentang kesedihan.

Baru-baru ini, dalam mana masih ramai orang tengah ghairah untuk berkahwin semasa musim cuti sekolah, Alex telah mengalami satu kemalangan ngeri. Kemalangan ngeri itu dinamakan sendiri oleh Alex sebagai "kemalangan cinta".

Daripada apa yang diceritakan, ternyata kemalangan cinta yang dialamai Alex lebih bahaya daripada kemalangan jalanraya. "Langgar lori boleh lagi berdiri bang, langgar hati? Rebah", kata Alex kepada saya yang tidak semena-mena memanggil saya "bang". Mungkin sebab terlalu sedih.

"Itulah kau, dulu sampai lenguh-lenguh tulang rahang kau senyum, sekarang tengok apa dah jadi", kata saya. Tak semena-mena Alex membalas "feel the power of a fallen man, crestfallen man". Untuk kali kedua perbuatan Alex yang tak semena-mena itu, saya sudah tidak hairan, dia betul-betul dalam kesedihan.

Bila saya cuba berkata sesuatu, Alex memotong dengan ayat Bahasa Inggeris. Dan saya mengambil keputusan hanya untuk diam dan mendengar sahaja.

Sekarang ni, saya pasti, lelaki kalau putus cinta memang parah. Memang ICU! Tak boleh nak kata apa dah, nasihat ke, Azan ke, mengaji dekat telinga orang kemalangan cinta ni memang tak jalan. Sama la macam sedang hangat jatuh cinta, cakap la apa pun, tak masuk punya. Dua golongan manusia yang tak mendengar kata itu lah dia, yang sedang frust dengan yang sedang hangat bercinta.

Yang tengah mabuk todi pun saya rasa boleh lagi dengar kata.

Sambungan daripada apa yang diceritakan Alex kepada saya, samalah seperti cerita-cerita melayu putus cinta yang kita pernah dengar sebelum-sebelum ini. Makan tak lepas, mandi tak basah, termenung seorang, makan seorang, sampai satu tahap cerita itu sangat membosankan. Dan saya telah pun boleh mengagak daripada awal yang dia juga akan berkata, dia tidak ada semangat lagi untuk belajar.

Cinta ini ibarat satu tumbukan padu, kata Brandon Flower. Tapi orang yang tengah bercinta atau frust ni mana nak dengar kata Brandon Flowers, diorang mesti memilih untuk mendengar kata Sixth Sense atau pun Sofaz. Lepas tu bila kecewa mula lah nak letak tajuk kemalangan cinta lah, apa lah.

Sebelum mengakhiri cerita, Alex sempat mendongak dan berkata "don't go to sleep tonight darling, hold me in your arms. This will be our final days and i can't let go". Fuh, perangai tak ubah macam Sofaz.

Thursday 7 June 2012

Pemansuhan Wang Hantaran Kahwin

Dalam pada makwe-makwe belum habis lagi berbual dan mengkritik pasal tema warna, rasa nasi, jenis make-up, design pelamin rakan-rakan mereka yang baru berkahwin, datang juga kepada saya seorang kawan lelaki (Alex bukan nama sebenar) bercerita tentang perjuangan.

Alex seorang lelaki yang belum berkahwin, sama seperti saya, tetapi sudah mempunyai seorang kekasih yang bakal dikahwini bila tiba musim cuti sekolah kelak. Musim cuti sekolah yang mana satu, Alex belum pasti, tapi kalau mengikut trend, Alex juga teringin berkahwin pada musim cuti sekolah seperti kebanyakkkan yang lain.

Menurut Alex, sekarang ni kecoh, pasal ramai bakal pengantin lelaki menuntut agar wang hantaran kahwin dimansuhkan. Siap dengan pelan strategik macam mana tuntutan pemansuhan itu akan dibuat, katanya.

Menurut Alex lagi, bakal mertua tidak sepatutnya meletakkan harga wang hantaran yang terlalu tinggi, sebabnya, bukan dia yang bersungguh-sungguh mahu berkahwin, tetapi bakal isteri dia, yang beria mengajak Alex berkahwin. Ini adalah satu contoh situasi yang tidak adil kepada kita, sambung Alex.

Ramai yang telah bersetuju untuk turun dijalanan dan berhimpun dengan memakai baju melayu bagi menuntut pemansuhan ini. Ramai juga yang tidak segan untuk membawa banner "Boikot Mertua" dan "Hidup Lelaki".

Mengikut pada logiknya tuntutan ini dibuat ialah kerana pihak bakal mertua meletakkan harga hanya mengikut tahap pendidikan anak gadis mereka. Aspek-aspek lain yang tidak dinilai oleh bakal mertua terhadap anak gadis mereka ialah, kemahiran menjalin karipap, kemahiran berlawan dengan mesin kelapa, kemahiran menguli cucur jagung dan kemahiran membuat asam pedas atau gulai kuning. "Ini yang sepatutnya !" Alex bersuara sedikit tegas.

Alex turut bercerita pengalaman seorang rakanya yang telah berkahwin dengan wang hantaran sebanyak 15 ribu, tetapi setiap kali hujung minggu dia akan dihidangkan dengan cupcake yang dibuat sendiri oleh isterinya. Itupun cupcake yang masih lagi dalam proses percubaan. Setelah berjaya membuat cupcake, isteri kepada kawan Alex itu cuba pula membuat chocolate chip muffin. "Tekak melayu mana nak lepas", kata kawan Alex kepada Alex.

Mendengar kepada hujah-hujah perjuangan Alex, saya mengangguk dan sesekali berkata "perghh..!!". Mertua mana la yang nak ke dia. Kahkahkah.


Wednesday 6 June 2012

Perjuangan

Bual pasal perjuangan, semua orang ada perjuangan masing-masing. Perjuangan seseorang itu pula bergantung kepada kehendak dan keperluan pada masa-masa tertentu. Sekiranya baru je bangun tidur pun dia perlu berjuang, maka dia akan terus berjuang. Seorang pejuang, pada setiap kali sebelum tidur, dia akan memikirkan apa yang dia ingin perjuangkan untuk esok.

"Kehidupan adalah perjuangan tanpa henti-henti. Dan yang pasti, hanya hari esok belum pasti sama ada kita dibawah tanah, atau pun diatas tanah". Perghh..!! Begitulah lebih kurang kata-kata yang sempat saya tangkap daripada Pak Cik Ben, bekas jiran saya lama dahulu. Ke mana pergi Pak Cik Ben sekarang ni pun saya tak tahu, entah di atas tanah atau di bawah tanah.

Setiap perjuangan mestilah ada sebabnya, setiap perjuangan mestilah ada isu yang ingin diperjuangkan. Dan perjuangan yang kita perjuangkan mestilah realistik dan menepati dengan kehendak budaya setempat. Sekiranya berdebat itu bukan budaya seorang melayu berjuang, maka kita berjuanglah dengan cara berbalas pantun.

Perjuangan bagi seseorang lelaki melayu kebiasaannya lebih cenderung untuk berjuang dalam bidang muzik, berebut court futsal dan berjuang untuk menurunkan kadar wang hantaran nikah. Manakala perjuangan bagi kebiasaan perempuan melayu pula ialah, perjuangan membandingkan manik baju kurung, jenis bunga tudung dan perjuangan merebut kekasih kawan baik.

Berjuangan juga mempunyai halangannya. Putus cinta, kena tipu member, member umpat belakang, kena reject makwe, orang potong job, duit tak ada, itu semua merupakan halangan-halangan dalam perjuangan.

Jadi, cukuplah perjuangan saya untuk kali ini.

Seperti biasa, esok tengahari, selepas menyua nasi, saya akan duduk di hadapan komputer untuk sambung berjuang melawan Rosmoh, Anuar dan Tok Guru. Tidak cukup di fesbuk dan tuiter saya akan berlawan komen di youtube. Jaga-jaga.



Tuesday 5 June 2012

Cinta Air Kotak Cekelat Yang Hilang

Alex (bukan nama sebenar) merupakan seorang penggemar cheesecake dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang penggemar air kotak cekelat.

Pada satu tengah hari, Alex sangat haus dan pergi mendapatkan air di kedai runcit belakang rumah sewa, bersebelahan dengan kedai nasi ayam orang Sungai Petani. Bersebelahan kedai nasi ayam itu ialah kedai nasi padang yang entah dari mana asal tuannya.

Sampai dalam kedai runcit Alex terus menuju ke peti ais yang ada letak air kotak cekelat, kebetulan air kotak cekelat cuma tinggal satu je lagi. Syukur tuhan, air kotak cekelat yang satu itu adalah rezeki untuk aku, getus Alex dalam hati.

Alex terus mencapai air kotak cekelat, tiba-tiba,

Ada lah lebih kurang sejengkal lagi tangan Alex nak sampai ke air kotak, tiba-tiba,

Tiba-tiba air kotak cekelat itu hilang.

Air kotak cekelat itu diambil terlebih dahulu oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cik (bukan nama sebenar).

Alex cuba merebut, tetapi memandangkan dahi Cik yang berkerut, ternyata Cik lebih memerlukan air kotak cekelat itu. Alex biarkan saja. Cik mengucapkan terima kasih sambil senyum ke arah Alex, dan mereka berdua ternyata telah jatuh cinta satu sama lain.

Alex jatuh cinta dengan kecomelan Cik yang merebut air kotak cekelat, dan Cik jatuh cinta dengan sikap mudah mengalah Alex. Mereka dengan serta merta declare dihadapan peti ais.

Sebelum mengiringi Cik pergi bayar air kotak cekelat, Alex sempat mencapai sekotak air kotak milo sebagai ganti kepada air kotak cekelat yang diambil Cik.

Sehingga sekarang sejak kisah itu berlaku lebih kurang 35 tahun yang lepas, mereka telah hidup bahagia hingga ke anak cucu. Dimana setiap kali menjelang hari raya, mereka akan menghidangkan air kotak cekelat sebagai minuman utama.

Begitulah kisah Cinta Air Kotak Cekelat Yang Hilang.

Sesungguhnya jodoh itu adalah sesuatu yang unik dan tidak semestinya memerlukan sekuntum ros merah sebagai pemberian, cukup sekadar sekotak air kotak cekelat.

Saturday 2 June 2012

Yang Bakal Berpisah

Akan ada satu malam di mana mereka akan sama-sama berkumpul di dalam sebuah dewan makan seperti restoran ataupun kita bercakap dengan bajet yang lebih tinggi lagi iaitu di sebuah hotel.

Yang hadir pada hari tersebut dengan penuh bergaya, yang berkain polkadot, yang bertali pinggang lebar sejengkal, yang bertudung berlilit maut, berblazer hitam kotak-kotak. Ada yang sedondong dengan pasangan, dan ada yang striking antara baju dengan tudung, "Najwa Latip katanya".

Yang berpasangan langkah seiring, yang berpasangan masuk sebaris. Manakala yang bujang, yang masih single, masuk secara berkumpulan atau beramai-ramai.

Pada malam itu juga single-single ini cuba untuk aim single-single yang lain sebagai peluang terakhir untuk mencari pasangan berumah tangga. Mereka-mereka ini bukanlah mereka yang tidak ada orang nak tapi mereka cukup teliti dan berhemah dalam memilih pasangan. Dalam memilih pasangan mereka berpengang pada prinsip biar lambat asal selamat.

Di pentas pula, yang boleh menyanyi, cuba untuk menyanyi, yang pandai bersajak, pergi membaca sajak, yang pandai bersyair turut merebut peluang, sambil diiringi oleh beberapa orang yang pandai bermain gambus dan kompang.

Di penghujung majlis, masing-masing berdiri kaku, mata pandang kasut, yang bergerak cumalah pokok-pokok plastik dan kain hias pentas yang ditiup angin kipas. Tiada seorang pun yang berani dongak kepala dan cuba untuk membuat lawak bodoh.

Begitulah sedikit-sebanyak gambaran aku mengenai satu majlis perpisahan pelajar PISMP semester 8 ambilan Januari 09 yang akan diadakan. Dengan keadaan kepala yang masih menunduk, mata kemerah-merahan, mereka didendangkan dengan lagu Teman Sejati dan Doa Perpisahan yang dipopularkan oleh kumpulan Brothers. Sedih bukan?

Wednesday 16 May 2012

Jodoh

Kalau dah namanya takde jodoh, kau tinggal sebilik, spender sehelai, makan sepinggan, berak semangkuk dgn pakwe makwe kau pun takkan ke mana. Macam tu lah lebih kurang "tokok tambah" yang aku maksud.

Baru

Okay, aku macam nak mulakan hidup baru. Maksud aku hanya macam nak mulakan blog baru saja. Amacam?