Thursday 7 June 2012

Pemansuhan Wang Hantaran Kahwin

Dalam pada makwe-makwe belum habis lagi berbual dan mengkritik pasal tema warna, rasa nasi, jenis make-up, design pelamin rakan-rakan mereka yang baru berkahwin, datang juga kepada saya seorang kawan lelaki (Alex bukan nama sebenar) bercerita tentang perjuangan.

Alex seorang lelaki yang belum berkahwin, sama seperti saya, tetapi sudah mempunyai seorang kekasih yang bakal dikahwini bila tiba musim cuti sekolah kelak. Musim cuti sekolah yang mana satu, Alex belum pasti, tapi kalau mengikut trend, Alex juga teringin berkahwin pada musim cuti sekolah seperti kebanyakkkan yang lain.

Menurut Alex, sekarang ni kecoh, pasal ramai bakal pengantin lelaki menuntut agar wang hantaran kahwin dimansuhkan. Siap dengan pelan strategik macam mana tuntutan pemansuhan itu akan dibuat, katanya.

Menurut Alex lagi, bakal mertua tidak sepatutnya meletakkan harga wang hantaran yang terlalu tinggi, sebabnya, bukan dia yang bersungguh-sungguh mahu berkahwin, tetapi bakal isteri dia, yang beria mengajak Alex berkahwin. Ini adalah satu contoh situasi yang tidak adil kepada kita, sambung Alex.

Ramai yang telah bersetuju untuk turun dijalanan dan berhimpun dengan memakai baju melayu bagi menuntut pemansuhan ini. Ramai juga yang tidak segan untuk membawa banner "Boikot Mertua" dan "Hidup Lelaki".

Mengikut pada logiknya tuntutan ini dibuat ialah kerana pihak bakal mertua meletakkan harga hanya mengikut tahap pendidikan anak gadis mereka. Aspek-aspek lain yang tidak dinilai oleh bakal mertua terhadap anak gadis mereka ialah, kemahiran menjalin karipap, kemahiran berlawan dengan mesin kelapa, kemahiran menguli cucur jagung dan kemahiran membuat asam pedas atau gulai kuning. "Ini yang sepatutnya !" Alex bersuara sedikit tegas.

Alex turut bercerita pengalaman seorang rakanya yang telah berkahwin dengan wang hantaran sebanyak 15 ribu, tetapi setiap kali hujung minggu dia akan dihidangkan dengan cupcake yang dibuat sendiri oleh isterinya. Itupun cupcake yang masih lagi dalam proses percubaan. Setelah berjaya membuat cupcake, isteri kepada kawan Alex itu cuba pula membuat chocolate chip muffin. "Tekak melayu mana nak lepas", kata kawan Alex kepada Alex.

Mendengar kepada hujah-hujah perjuangan Alex, saya mengangguk dan sesekali berkata "perghh..!!". Mertua mana la yang nak ke dia. Kahkahkah.


2 comments:

  1. hamboihh..xda hantaran x bole kahwin la..haha

    ReplyDelete
  2. memang dah melampau sgt skrg! mohon dibakor je rumah bakal mentua!

    ReplyDelete