Friday 8 June 2012

Alex Kemalangan


Dalam pada makwe-makwe belum habis lagi berbual dan mengkritik pasal tema warna, rasa nasi, jenis make-up, design pelamin rakan-rakan mereka yang baru berkahwin, datang juga kepada saya seorang kawan lelaki, Alex (bukan nama sebenar) bercerita tentang kesedihan.

Baru-baru ini, dalam mana masih ramai orang tengah ghairah untuk berkahwin semasa musim cuti sekolah, Alex telah mengalami satu kemalangan ngeri. Kemalangan ngeri itu dinamakan sendiri oleh Alex sebagai "kemalangan cinta".

Daripada apa yang diceritakan, ternyata kemalangan cinta yang dialamai Alex lebih bahaya daripada kemalangan jalanraya. "Langgar lori boleh lagi berdiri bang, langgar hati? Rebah", kata Alex kepada saya yang tidak semena-mena memanggil saya "bang". Mungkin sebab terlalu sedih.

"Itulah kau, dulu sampai lenguh-lenguh tulang rahang kau senyum, sekarang tengok apa dah jadi", kata saya. Tak semena-mena Alex membalas "feel the power of a fallen man, crestfallen man". Untuk kali kedua perbuatan Alex yang tak semena-mena itu, saya sudah tidak hairan, dia betul-betul dalam kesedihan.

Bila saya cuba berkata sesuatu, Alex memotong dengan ayat Bahasa Inggeris. Dan saya mengambil keputusan hanya untuk diam dan mendengar sahaja.

Sekarang ni, saya pasti, lelaki kalau putus cinta memang parah. Memang ICU! Tak boleh nak kata apa dah, nasihat ke, Azan ke, mengaji dekat telinga orang kemalangan cinta ni memang tak jalan. Sama la macam sedang hangat jatuh cinta, cakap la apa pun, tak masuk punya. Dua golongan manusia yang tak mendengar kata itu lah dia, yang sedang frust dengan yang sedang hangat bercinta.

Yang tengah mabuk todi pun saya rasa boleh lagi dengar kata.

Sambungan daripada apa yang diceritakan Alex kepada saya, samalah seperti cerita-cerita melayu putus cinta yang kita pernah dengar sebelum-sebelum ini. Makan tak lepas, mandi tak basah, termenung seorang, makan seorang, sampai satu tahap cerita itu sangat membosankan. Dan saya telah pun boleh mengagak daripada awal yang dia juga akan berkata, dia tidak ada semangat lagi untuk belajar.

Cinta ini ibarat satu tumbukan padu, kata Brandon Flower. Tapi orang yang tengah bercinta atau frust ni mana nak dengar kata Brandon Flowers, diorang mesti memilih untuk mendengar kata Sixth Sense atau pun Sofaz. Lepas tu bila kecewa mula lah nak letak tajuk kemalangan cinta lah, apa lah.

Sebelum mengakhiri cerita, Alex sempat mendongak dan berkata "don't go to sleep tonight darling, hold me in your arms. This will be our final days and i can't let go". Fuh, perangai tak ubah macam Sofaz.

1 comment:

  1. hahahahahahahahaha. aku patut dibayar royalti akibat ayat2 yang aku terbitkan telah digunapakai dlm blog ini!!!

    ReplyDelete