Saturday 2 June 2012

Yang Bakal Berpisah

Akan ada satu malam di mana mereka akan sama-sama berkumpul di dalam sebuah dewan makan seperti restoran ataupun kita bercakap dengan bajet yang lebih tinggi lagi iaitu di sebuah hotel.

Yang hadir pada hari tersebut dengan penuh bergaya, yang berkain polkadot, yang bertali pinggang lebar sejengkal, yang bertudung berlilit maut, berblazer hitam kotak-kotak. Ada yang sedondong dengan pasangan, dan ada yang striking antara baju dengan tudung, "Najwa Latip katanya".

Yang berpasangan langkah seiring, yang berpasangan masuk sebaris. Manakala yang bujang, yang masih single, masuk secara berkumpulan atau beramai-ramai.

Pada malam itu juga single-single ini cuba untuk aim single-single yang lain sebagai peluang terakhir untuk mencari pasangan berumah tangga. Mereka-mereka ini bukanlah mereka yang tidak ada orang nak tapi mereka cukup teliti dan berhemah dalam memilih pasangan. Dalam memilih pasangan mereka berpengang pada prinsip biar lambat asal selamat.

Di pentas pula, yang boleh menyanyi, cuba untuk menyanyi, yang pandai bersajak, pergi membaca sajak, yang pandai bersyair turut merebut peluang, sambil diiringi oleh beberapa orang yang pandai bermain gambus dan kompang.

Di penghujung majlis, masing-masing berdiri kaku, mata pandang kasut, yang bergerak cumalah pokok-pokok plastik dan kain hias pentas yang ditiup angin kipas. Tiada seorang pun yang berani dongak kepala dan cuba untuk membuat lawak bodoh.

Begitulah sedikit-sebanyak gambaran aku mengenai satu majlis perpisahan pelajar PISMP semester 8 ambilan Januari 09 yang akan diadakan. Dengan keadaan kepala yang masih menunduk, mata kemerah-merahan, mereka didendangkan dengan lagu Teman Sejati dan Doa Perpisahan yang dipopularkan oleh kumpulan Brothers. Sedih bukan?

5 comments:

  1. Lagu Teman Sejati dan Doa Perpisahan tu dah boleh tukar dah.
    Lagu tu sesuai untuk naikkan semangat Arsenal menang UCL je.

    ReplyDelete
  2. Kita tak payah usik pasal Arsenal, kita tahu Arsenal akan kuat nanti.

    ReplyDelete
  3. Aku taknak pegi boleh? Takut tisu habis

    ReplyDelete
  4. =) x dpt bertegur walau hari terakhir...

    ReplyDelete