Friday 15 June 2012

Cinta Diantara Manis Kepingan Oreo.

Bersempena dengan kehangatan EURO 2012 yang masih berlangsung ketika ini, terlintas di fikiran saya untuk bercerita tentang Bob (bukan nama sebenar). Asyik saya bercerita tentang Alex, Bob pun kawan saya juga. Nanti apa pula kata kawan-kawan saya kiranya saya asyik bercerita pasal Alex. Itu baru Bob, ada lagi Apek, Sulong, Chong, Meor, Poji, Ali, dan ramai lagi. Mereka pun kawan-kawan saya juga. Itu baru kawan lelaki, ada lagi kawan-kawan saya yang perempuan, ramai juga, tapi hal perempuan ni eloknya biar perempuan la yang settle.

Bob ni kalau ikut pada nama, macam besar orangnya, tapi Bob kawan saya ni, badannya kurus, tingginya sederhana. Kalau nak kata Bob tu pendek, saya lagi pendek sebenarnya. Daripada mana dapatnya nama Bob ni, tidak la saya tahu, cuma saya fikir, kesnya sama macam kes Tomok. Apa? Tak kenal Tomok? Silalah bunuh diri, hidup pun sia-sia.

Seperti kawan-kawan saya yang lain, Bob juga ada seorang kekasih. Pelik juga, kalau diikutkan, orang yang bernama Bob ni susah untuk ada kekasih, tapi Bob yang saya kenal ini tidak. Kalau diikutkan juga, kekasih Bob yang saya nak cerita ini merupakan kekasihnya yang ke 5 atau ke 6 sepanjang Bob hidup, saya pun tidak berapa pasti sebenarnya.

Nama kekasih Bob, Ching (bukan nama sebenar). Melayu juga, bukan cina. Menurut Bob, nama sebenar Ching ialah Asyikin. Kawan-kawannya Ching memanggil Ching sebagai Syikin, tapi hanya Bob seorang saja yang memanggil Syikin sebagai Ching. Nama manja katanya. Ching ni asalnya Terengganu, sebab tu lah belakang namanya ada huruf G.

Pada suatu petang, Bob dan Ching pergi berjalan-jalan di sebuah tasik yang terletak di Kuala Lumpur. Seperti pasangan kekasih yang lain, melepak di tepi tasik, tengok wayang, makan McD bersama, makan di Amjal bersama adalah perkara biasa.

Sedang mereka lepak menengok ikan melompat-lompat bermain di muka air, Ching meluahkan sesuatu kepada Bob. Ianya berkenaan dengan perasaan tidak senang Ching dengan perangai Bob yang terlau obses menonton bola sepak. Sehinggakan, semasa Bob menonton bola, Bob sanggup tidak membalas sms, menjawab call dan berbalas komen di facebook dengan Ching. Sehinggakan, Ching berasa dia lebih rela menjadi TV yang menayangkan bola kepada Bob, daripada menjadi seorang kekasih yang menayangkan cintanya kepada Bob.

Saya tidaklah hairan sekiranya Ching meluahkan perasaannya itu. Bob yang saya kenal memang terlalu suka menonton bola sepak. Bob seorang yang gilakan bola sepak. Boleh dikatakan semua perlawanan bola sepak dia akan tengok. Bob ni tidaklah berapa terer bermain bola sepak, sekali sekala bolehlah saya ajak bermain futsal bersama. Itu pun bila saya tidak cukup geng, Bob la orang yang saya cari. Tapi bila bab menonton, menyokong bola sepak, Bob jauh lebih terer daripada saya.

Semua stadium bola sepak sekitar Kuala Lumpur, belah-belah barat, utara, selatan Malaysia, semua dia dah masuk. Perlawanan Malaysia, Perak, Kelantan, Terengganu, kecuali Selangor, semua dia tengok.

Bob juga merupakan seorang ahli kumpulan sorak untuk pasukan bola sepak negeri kelahirannya iaitu Perak. Kumpulan sorak itu juga kalau tidak silap saya, dikenali dengan nama Ultras Silverstate.

Saya masih ingat lagi, dimana Bob pernah kata, Stadium bola sepak Ipoh tu merupakan rumah keduanya, selain daripada rumah asalnya yang terletak di Parit, Perak. Saya pun ingat-ingat lupa dimana pernah juga sekali Bob kata, lebih baik dia rindukan Stadium Ipoh daripada dia merindui kekasihnya di Terengganu. Perghh..!! Sampai begitu sekali.

Apabila Ching meluahkan perasaan seperti itu, Bob menjadi serba salah. Ya, dia berasa sedikit kesal dan kasihan kerana berkelakuan seperti itu kepada Ching. Bob juga terfikir, kalau dia kasihankan Ching, siapa pula yang nak kasihankan dia. Bob seolah-olah, orang-orang tua kata, nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapa.

Kebetulan semasa mereka lepak di tepi tasik, Bob ada membelikan 2 kotak air kotak cokelat dan sebungkus Oreo untuk makan-makan. Menengok kepada biskut Oreo, Bob mendapat satu idea untuk memujuk Ching. "Cuba sayang tengok biskut Oreo yang bewarna hitam tu, cuba ambilkan satu untuk abang", kata Bob kepada Ching.

Sambil memegang sekeping Oreo, Bob bercerita kepada Ching. "Cinta kita sekarang ni sayang, kalau dilihat luarannya memangla hitam, sama macam Oreo ni. Kalau kita usaha putarkannya sedikit, nampaklah warna putih jernih di sebalik hitam. Cuba sayang jilat yang putih tu, mesti manis, dan cuba pula sayang rasa yang hitam tu, tawarkan rasanya? Jadi cinta abang kepada sayang, samalah macam Oreo yang abang pegang ni. Cuba kita makan sekali gus yang hitam dengan yang putih, lagi sedap kan"? Begitulah serba sedikit cerita yang diceritakan oleh Bob kepada Ching.

Bob lagi sedikit menyambung, "hitam dan putih itulah yang membuatkan kita sedap dan bahagia, dan cinta kita ada diantara manis kepingan Oreo".

Tanpa memikirkan orang-orang sekeliling tasik, Ching terus mencium pipi Bob, sebagai hadiah kemenangan Bob. Bob mengkulat malu sambil memuji dirinya di dalam hati, " you win brother, you win".


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Power betul Bob ni.
    Harus ada awek yang ke-7.
    Baru boleh jadi tujuh keturunan macam Mahsuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awek dalam citer ni kalau ikut cerita tahun 2010, skrg ni ntah-ntah awek dia dah yg ke 9

      Delete