Sunday 30 September 2012

Roti Bawang

Mengikut cerita yang diceritakan Alex kepada aku, ada satu malam Piji pergi main futsal dengan kawan-kawan.

Piji pergi main futsal ni satu benda pelik sebab Piji jarang join main futsal. Kalau kami nak main futsal malam-malam, kadang-kadang awal-awal lagi Piji dah buat-buat tidur. 

Lepas main futsal, Piji dan kawan-kawan pergi lepak minum air. Ada la masa tu dalam pukul 2 pagi, Piji rasa ada sikit-sikit lapar, buat alas perut Piji pun order roti bawang. 

Piji minum air dulu sambil tunggu roti sampai. Masa tunggu roti bawang tu sampai, sempat jugak Piji mengamuk dua tiga kali, sebabnya roti bawang tu lambat sampai. Piji yang awalnya lapar sikit-sikit dah jadi lapar banyak-banyak sebab tunggu roti bawang. 

Sampai je roti bawang, Piji terus lega dan dia hadap roti bawang dengan tenang. Muka berselera macam tengok makwe bogel depan mata. 

Lama Piji makan, Alex pun tak hirau, asalkan Piji dah tak mengamuk macam masa tunggu roti bawang sampai.

Habis makan, Piji tolak pinggan ke tengah meja, Alex tengok bawang bersepah dalam pinggan. Perghh!!

Piji sambil senyum dan kata, dia tak suka makan bawang

Alex bangun, tarik koler baju Piji, terus mengamuk " ko tau tak berapa lama mamak tu ambik masa nak potong bawang!".

p/s : order makanan kalau ikut-ikut orang, jadi lah macam Piji. 

p/s : cerita pasal Arsenal kalah, Man U dah cover kahkahkah

Thursday 27 September 2012

Cerita PT Amir

Amir diam , kacip bibir, dalam kepala fikir pasal kerja.

Amir tengok laptop, Amir jadi risau, Amir buka microsoft word, Amir tutup balik, sebab takut. Tapi Amir buka balik microsoft word, sebab terpaksa. 

Daripada analisis data, jadual, graf, cadangan kajian, fokus, semua jadah-jadah tu boleh dikatakan belum siap. Paling tinggi siap pun masih 50-50. 

Amir baring, tangan atas kepala, sambil mulut Amir bergerak-gerak perlahan, Alex cuba curi-curi dengar. "Satu hari untuk graf, jadual, analisis data semua, satu hari lagi untuk slide perbentangan," cukup 2 hari Amir buat kira-kira. Lusa perbentangan kajian.

Dalam masa 2 hari tu Amir buat kerja dan buat-buat kerja. Alex tak berani pandang tak berani usik tak berani tanya sebab Alex juga dalam ketakutan, Alex punya kerja masih 40 peratus, tapi perbentangan Alex lambat lagi. 

Malam sebelum hari perbentangan tu, Amir terus buat kerja macam biasa. Belum siap slide perbentangan, dalam masa tengah buat tu, tenenet, tenenet, bunyi nada iphone Amir tanda mesej masuk.  Daripada ketua kelas Amir, mesejnya bertulis "artikel mesti disiapkan bersama-sama slide". 

Lepas baca mesej tu, Amir terajang meja. Ok, tipu, Amir tak terajang meja, Amir baring sekali lagi, tangan atas kepala. Mulut Amir sekali lagi bergerak-gerak perlahan, Alex cuba curi-curi dengar. "buat slide ni sampai pukul 12, rehat kejap, pukul 1 sambung buat artikel, sampai pagi esok, terusp pergi bentang, lepas bentang baru balik tidur."

Amir terus buat kerja macam biasa, tanpa menghiraukan makan minum Bob. Amir tak sempat, Amir tak ada masa, Amir dah lambat. 

...

Lepas perbentangan esok hari, Amir balik rumah dengan gembira, kajiannya diterima. Amir pekena baring mengiring, tak sampai 2, 3 minit, Amir tidur. Amir tidur sambil senyum. Punya la senyum Amir tidur, sampai Alex boleh jeles. 

Jaga dari tidur, Amir berasa dirinya serba salah, macam ada sesuatu yang tak kena, tapi Amir buat relax, Amir keluar cari nasik. Lepas balik daripada makan nasik pun, masih lagi Amir berasa ada sesuatu yang tidak kena. Rasa tu, dari mulut naik ke kepala, dari kepala turun balik ke mulut. Bukan rasa rindu, bukan rasa cinta. Amir menung memikir.

Tiba-tiba!!!!

Tiba-tiba Amir bersuara,

"celaka, dah 2 hari aku tak sempat gosok gigi"

Alex yang mendengar, terus beristighfar. 




Tuesday 25 September 2012

Kiamat Kecil

Pukul 1 pagi.

Truuttt, truuutttt, bunyi henpon, Mista Ono call.

Mista Ono : Ada mana?
Alex : Rumah.
Mista Ono : MAI RR LEPAK KEDAI EHSAN MINUM AIR BINCANG PASAL ANALISIS PT.
Alex : k

Tanda Kiamat Kecil ---> MAI RR LEPAK KEDAI EHSAN MINUM AIR BINCANG PASAL ANALISIS PT.

Monday 24 September 2012

Kekasih Hati

Mana blog lama kau?

Aku jual.

Kenapa kau jual?

Aku dah ada kekasih baru.

Siapa kekasih baru kau?

Blog baru aku.

p/s : Awak duduk diam-diam, kerja taip tesis ni kerja laki-laki. 
p/s : Maksud aku, kerja taip tesis last minit. 

Saturday 22 September 2012

Hujan

"Menurut ahli falsafah cinta, berjuta tahun yang lepas, hujan pertama kalinya turun hanya kerana apabila bumi tidak menerima cinta langit, lalu, langit menangis.

Hujan turun sekali sekala, hanya apabila langit terkenang kisah lama.

Musim tengkujuh berlaku setiap tahun, hanya kerana langit tidak pernah berhenti memperingati tarikh ulang tahun perpisahannya dengan bumi".

Alex cuba menyambung, tapi aku halang. Aku tahu, Alex cuba untuk bermain politik.

Friday 21 September 2012

Alex Bukan Untuk Dipilih-pilih

"Sayang dah habis fikir, sayang rasa abanglah jodoh pilihan terakhir sayang, abang jauh lebih baik daripada Faizal, sayang dah serik untuk memilih. Bagi sayang rupa bukan ukuran, yang penting hati kita bang, hati kita".

Setelah meneliti kata-kata makwenya itu, Alex bingkas bangun sambil hentak meja.

"Woiii!!!, kau ingat aku ni apa nak pilih-pilih, ramai makwe dalam fesbuk berebut-rebut nak ke aku. Pilihan terkahir? Rupa bukan ukuran?

Selepas daripada kejadian itu, mereka clash melalui sistem pesanan ringkas.

5 tahun selepas kejadian, bekas makwe Alex berkahwin dengan lelaki pilihan keduanya, Faizal.

Sementara Alex masih lagi menunggu cinta pandang pertama daripada seorang perempuan yang baru nak belajar bercinta.

"Perempuan tiada kuasa untuk memilih", tegas Alex berulang kali.

Aku yang mendengar kata-kata tu daripada Alex terus geleng kepala. Hati kau keras Lex, keras.

Terus Alex tujukan satu lagu. Iwan Fals-Aku Bukan Pilihan

Aku ulang geleng kepala, hati kau keras Lex, kerassss!!!

Wednesday 5 September 2012

Liyana Engineer

Etah macam mana, dalam keadaan sibuk kemain, Alex membuka blog, klik new post dan taip :

"Betapa
engkau
telah
merosakkan
ruang
hati
aku,
sehingga
tidak
lagi
boleh
dihuni
oleh
orang
lain".

Alex klik publish post, dan share di facebook. Harapnya "ehem-ehem" baiki balik ruang yang dirosakkan, deko-deko sikit, masuk itu ini, nampak selesa, terus duduk, tinggal dalam dan tak mahu keluar sampai ke sudah.



Woiii Liyana Engineer, jadi cikgu la untung, banyak masa free, boleh bela kucing.
Woiii Liyana Engineer, nanti ada anak, cukup umur tujuh tahun, terus hantar masuk u, ambik kos engineering.