Thursday 18 April 2013

Cinta politik

Aku tetap cinta dia, walaupun dia tidak cinta aku. Lagipun, aku peduli apa, inikan perasaan aku, bukan perasaan dia.

Ya, tapi, bukan ke nanti kau akan kecewa?

Apa? Kecewa?
Aku dah lama kecewa.
Kalau aku dah tak cinta dia sekalipun, adakah kecewa aku tu boleh ditarik balik?

Tak boleh.

Ha, kecewa tetap kecewa, cinta tetap cinta.

Kamon Alex, itukan cuma Barisan Nasional.

Tuesday 1 January 2013

Subuh-subuh Cinta

Kringgggg!!!!!!

Bang bangun bang, kejutkan baby sekali.

Alex terus bangun dan kejutkan anaknya, Imran.

Alex memimpin tangan Imran ke bilik air untuk mengambil wuduk. Imran atau nama manjanya baby merupakan anak sulong lelaki Alex yang berusia 4 tahun.

Isteri Alex, Siti sudah siap memakai telekung dan siap menunggu di saf.

Imran yang masih lagi berjalan dalam keadaan mata tertutup, dipimpin oleh Alex untuk masuk ke dalam saf.

Mereka sekeluarga sebahyang subuh berjemaah seperti biasa.

Lepas di sujud yang pertama pada rakaat kedua, Alex duduk diantara dua sujud. Namun pergerakkan itu tidak dituruti pleh Imran. Imran terus sujud sehinggalah Alex selesai memberi salam kedua.

Badan Imran yang masih dalam keadaan sujud itu tadi makin lama makin berat ke kanan dan jatuh dan berkedudukan sepeti seorang yang sedang tidur mengiring.

Siti yang melihat keadaan itu terus berkata kepada Alex, "dan 2 bulan bangun subuh, bilalah anak sulong kita ni dapat habiskan solat sama-sama".

Alex yang mendengar hanya tersenyum nipis sambil membetulkan kopiah putih yang ada lambang bendera pas ditepi di atas kepalanya.

Saturday 29 December 2012

Letup

Hati yang lama dibalut kemas, hangat perasaan, tekanan dalamnya tak tertahan, pom!! meletup terbitnya cinta.

Cinta yang digenggam rapat, empat tangan, dia kiri dua kanan, pom!! meletup, terburai cinta.

Salah awak pegang tak erat.

Bukan, salah awak balut tak kuat.

Wednesday 26 December 2012

Jiwa-jiwa Luka

Saya pernah dipertemukan dengan beberapa jiwa luka. Ternyata luka itu sembuh dengan beberapa potong ayat cinta.

Mind fuck, right?

Friday 21 December 2012

Kekasih Muslimah

"Ya, saya yakin benar saya mampu untuk mengimamkan awak pada setiap kali solat fardhu." Begitulah lebih kurang kata-kata Bob untuk meyakinkan kekasihnya bahawa dia telah bersedia untuk menghalalkan cinta yang telah mereka jalin sejak tiga tahun yang lepas. 

Seorang kekasih muslimah yang merupakan seorang setiausaha persatuan dakwah kampus selama 2 tahun berturut-turut telah berjaya menambat hati Bob untuk sekali lagi menjalinkan cinta setelah gagal buat kali pertamanya dengan kekasih lama pada 3 tahun yang lepas. 

***

Tiga tahun yang lepas.

Setelah ditinggalkan oleh kekasih lama, Bob telah menjadi tidak tentu hala dan sedikit kucar kacir dalam menguruskan hidup. Selera makannya menaik dan suka mendengar lagu-lagu keras daripada band-band metal hardcore tersohor Malaysia seperti Naratu, Cassandra dan Sil Khannaz. 


Julia.

Ya, Julia. Seorang gadis pertama yang berani menegur Bob supaya meninggalkan hobinya yang suka berkongsi video-video lagu keras di facebook.  Teguran Julia itu adalah di dalam bentuk serangkap komen di ruangan komen seperti "kenapa dibentak-bentakkan lagi hati yang kecewa dengan lagu-lagu ni, sedangkan jiwa kita sangat dahagakan dendangan ayat-ayat suci". 

Pap!

Bob menutup skrin laptopnya dengan pantas setelah membaca komen itu tanpa sempat untuk shutdown terlebih dahulu. Tangannya menggigil.

***

"Amboi Kak Ju, facebook sampai tak ingat nak makan malam", tegur Nadia yang tiba-tiba masuk ke bilik Julia dalam keadaan masih berjubah abaya dan menutup kepala dengan kain tuala. Dengan pantas juga Julia close window serentak dengan teguran itu tanpa sempat Nadia melihat apa yang dilayan Julia di facebook.

Nadia merupakan kawan baik Julia dan juga merupakan bendahari bagi persatuan dakwah kampus. Nadia yang usianya muda setahun dan merupaka seorang junior lebih senang memanggil Julia dengan panggilan Kak Ju. 

"Kenapa tak makan malam ni? ada masalah ke?" tanya Nadia sambil membelek-belek minit mesyuarat persatuan yang ada di atas meja Julia. "Takde masalah pun, cuma akak terfikir juga nak jaga badan. Kita ni orang perempuan selain daripada kena jaga perangai, kenalah juga jaga badan. Nadia kena ingat, imam muda pun ada taste." Julia sedikit berjenaka dan Nadia tersenyum galak.

"Nadia kenal dengan Bob?" tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Julia secara tiba-tiba.  



Bersambung...

Thursday 20 December 2012

Air Cinta

Di suatu petang di sebuah taman.

Melihat awak yang termengah-mengah kepenatan setelah menamatkan larian, saya datang mendekati dengan membawa sebotol air mineral. Membuka penutupnya dan hulurkan bersama senyuman. 

Hingga ke saat ini, tidak pernah seorang pun yang tahu, saya telah menamakan air itu sebagai air cinta.

Kahkahkah.


Wednesday 19 December 2012

Lawan Mata

Semasa di kelas, ketiadaan pensyarah, kita pernah bermain lawan mata. Siapa kelip dulu dia kalah.

Ternyata, kemenangan itu milik awak yang tidak pernah sanggup untuk lari daripada melihat saya walaupun dengan hanya satu kelipan. 

Kahkahkah, faking.