Friday 21 December 2012

Kekasih Muslimah

"Ya, saya yakin benar saya mampu untuk mengimamkan awak pada setiap kali solat fardhu." Begitulah lebih kurang kata-kata Bob untuk meyakinkan kekasihnya bahawa dia telah bersedia untuk menghalalkan cinta yang telah mereka jalin sejak tiga tahun yang lepas. 

Seorang kekasih muslimah yang merupakan seorang setiausaha persatuan dakwah kampus selama 2 tahun berturut-turut telah berjaya menambat hati Bob untuk sekali lagi menjalinkan cinta setelah gagal buat kali pertamanya dengan kekasih lama pada 3 tahun yang lepas. 

***

Tiga tahun yang lepas.

Setelah ditinggalkan oleh kekasih lama, Bob telah menjadi tidak tentu hala dan sedikit kucar kacir dalam menguruskan hidup. Selera makannya menaik dan suka mendengar lagu-lagu keras daripada band-band metal hardcore tersohor Malaysia seperti Naratu, Cassandra dan Sil Khannaz. 


Julia.

Ya, Julia. Seorang gadis pertama yang berani menegur Bob supaya meninggalkan hobinya yang suka berkongsi video-video lagu keras di facebook.  Teguran Julia itu adalah di dalam bentuk serangkap komen di ruangan komen seperti "kenapa dibentak-bentakkan lagi hati yang kecewa dengan lagu-lagu ni, sedangkan jiwa kita sangat dahagakan dendangan ayat-ayat suci". 

Pap!

Bob menutup skrin laptopnya dengan pantas setelah membaca komen itu tanpa sempat untuk shutdown terlebih dahulu. Tangannya menggigil.

***

"Amboi Kak Ju, facebook sampai tak ingat nak makan malam", tegur Nadia yang tiba-tiba masuk ke bilik Julia dalam keadaan masih berjubah abaya dan menutup kepala dengan kain tuala. Dengan pantas juga Julia close window serentak dengan teguran itu tanpa sempat Nadia melihat apa yang dilayan Julia di facebook.

Nadia merupakan kawan baik Julia dan juga merupakan bendahari bagi persatuan dakwah kampus. Nadia yang usianya muda setahun dan merupaka seorang junior lebih senang memanggil Julia dengan panggilan Kak Ju. 

"Kenapa tak makan malam ni? ada masalah ke?" tanya Nadia sambil membelek-belek minit mesyuarat persatuan yang ada di atas meja Julia. "Takde masalah pun, cuma akak terfikir juga nak jaga badan. Kita ni orang perempuan selain daripada kena jaga perangai, kenalah juga jaga badan. Nadia kena ingat, imam muda pun ada taste." Julia sedikit berjenaka dan Nadia tersenyum galak.

"Nadia kenal dengan Bob?" tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Julia secara tiba-tiba.  



Bersambung...

No comments:

Post a Comment