Wednesday 6 June 2012

Perjuangan

Bual pasal perjuangan, semua orang ada perjuangan masing-masing. Perjuangan seseorang itu pula bergantung kepada kehendak dan keperluan pada masa-masa tertentu. Sekiranya baru je bangun tidur pun dia perlu berjuang, maka dia akan terus berjuang. Seorang pejuang, pada setiap kali sebelum tidur, dia akan memikirkan apa yang dia ingin perjuangkan untuk esok.

"Kehidupan adalah perjuangan tanpa henti-henti. Dan yang pasti, hanya hari esok belum pasti sama ada kita dibawah tanah, atau pun diatas tanah". Perghh..!! Begitulah lebih kurang kata-kata yang sempat saya tangkap daripada Pak Cik Ben, bekas jiran saya lama dahulu. Ke mana pergi Pak Cik Ben sekarang ni pun saya tak tahu, entah di atas tanah atau di bawah tanah.

Setiap perjuangan mestilah ada sebabnya, setiap perjuangan mestilah ada isu yang ingin diperjuangkan. Dan perjuangan yang kita perjuangkan mestilah realistik dan menepati dengan kehendak budaya setempat. Sekiranya berdebat itu bukan budaya seorang melayu berjuang, maka kita berjuanglah dengan cara berbalas pantun.

Perjuangan bagi seseorang lelaki melayu kebiasaannya lebih cenderung untuk berjuang dalam bidang muzik, berebut court futsal dan berjuang untuk menurunkan kadar wang hantaran nikah. Manakala perjuangan bagi kebiasaan perempuan melayu pula ialah, perjuangan membandingkan manik baju kurung, jenis bunga tudung dan perjuangan merebut kekasih kawan baik.

Berjuangan juga mempunyai halangannya. Putus cinta, kena tipu member, member umpat belakang, kena reject makwe, orang potong job, duit tak ada, itu semua merupakan halangan-halangan dalam perjuangan.

Jadi, cukuplah perjuangan saya untuk kali ini.

Seperti biasa, esok tengahari, selepas menyua nasi, saya akan duduk di hadapan komputer untuk sambung berjuang melawan Rosmoh, Anuar dan Tok Guru. Tidak cukup di fesbuk dan tuiter saya akan berlawan komen di youtube. Jaga-jaga.



No comments:

Post a Comment