Wednesday 13 June 2012

Punk Melayu

Dalam mana kita semua sibuk bercerita tentang kemenangan Malaysia ke atas Singapura yang mana masih ada lagi pemain Malaysia yang berlanggar antara paha kiri dengan paha kanan semasa membawa bola, ada lagi yang tahan bola kaki terkepit, dan ada lagi yang cuba mengelecek setempat tak bergerak-gerak, pergi saya berjumpa dengan seorang kawan lama, Alex (bukan nama sebenar).

Pertemuan saya dengan Alex bukan di atas dasar pertemuan rasmi, tetapi sekadar pertemuan yang secara kebetulan untuk bertanya khabar. Alex merupakan kawan sekolah agama saya dulu yang mana sering mengajak saya ponteng solat dzuhur di surau sekolah. Tapi saya sering menolak pelawaan Alex kerana saya mahu menjawab soalan PMR dengan berjaya.

Kebetulan masa pertemuan kami itu, Alex sedang memegang sebuah gitar kapok. Ya, saya yang dulunya bersama Alex teringin untuk menjadi rockstar, lepas kami famous, kami bercadang mahu bunuh diri macam Kurt Cobain. Kurt Cobain adalah idola kami berdua, dan ditakdirkan jari saya keras tidak boleh memetik gitar dan lebih sesuai menjadi guru.

Sambil berbual sambil dia memetik rentak punk. Mungkin untuk menunjuk-nunjuk kepada saya. Tidak lah berapa enak, tapi saya bertanya juga sekadar mengambil hati. Tanya saya "kau mana belajar sampai dah mahir main gitar?". Sebelum menjawab pertanyaan saya, Alex sekali lagi memetik rentak punk yang sama seperti yang tadi.

Menurut Alex, untuk menjadi seorang pemain gitar bukan bermula dengan memetik gitar, tetapi bermula dengan diri kita sendiri, maksudnya jiwa. Fuh, tinggi rupanya Alex study pasal gitar. Sebelum memegang gitar, cuba dulu untuk kurangkan mandi. Bermula dengan mandi sekali sehari sehinggalah mandi seminggu sekali. Lepas tu, jangan sembahyang. Fuh, saya mengefuh sekali lagi.

Sambung Alex lagi, ponteng sembahyang jumaat 3 kali berturut-turut. Lepas tu bunuh seekor cicak. Fuh. Kalau boleh jangan makan nasi, kau carilah mana-mana tong sampah yang ada makanan. Kalau nak sedap sikit, pergi ke tong sampah belakang KFC ke McD ke. Bila kau dah betul-betul ada jiwa tu, barulah boleh pegang gitar.

Saya tanya lagi kepada Alex sama ada dia masih islam. Alex kata, setiap kali bangun pagi dia akan mengucap bagi memastikan dia masih berada di dalam islam. Perghh..!!

Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta diri daripada Alex, supaya saya boleh mengelak daripada menerima agama baru yang di bawa oleh Alex. Semoga Alex mendapat hidayah daripada tuhan dan sama-sama mengajak saya ke jalan yang benar. Untuk mengkafirkannya, itu bukan kerja saya, entah-entah dia gila, kalau gila, orang kata boleh masuk syurga. Orang la yang kata, bukan saya.

2 comments:

  1. Cerita politik ke ni? Haish....

    ReplyDelete
  2. BoDoh gila sapa yg tulis..politik je hahaha babi

    ReplyDelete